Wednesday, January 23, 2013

CEMBURU



Cemburu
sinonim dengan wanita atau lelaki?atau kedua-duanya?
Suka saya untuk berkongsi beberapa kisah tentang cemburu

UMMU HANI’ BINTI ABI TALIB MENOLAK PINANGAN NABI KERANA CEMBURU DAN SAYANG ANAK

Selepas Ummu Hani’ disahkan menjadi janda dengan empat orang anak,Rasulullah pun meminangnya buat kali yang kedua.Ummu Hani’ menjawab atas pinangan itu, “Ya Rasullullah,sungguh dirimu lebih saya cintai daripada pendengaran dan penglihatan saya.namun,saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu.Ya Rasullulah,saya tahu bahawa hak suami sangatlah besar dan harus dijunjungi tinggi.saya khuatir jika mengurus suami,lalu saya terpaksa mengabaikan sebahagian hak anak-anak saya.jika saya mengurus anak-anak,saya khuatir akan mengabaikan hak suami.”
Rasulullah menghormati pandangannya.kemudian Rasulullah memberi pandangan, “Sesunnguhnya sebaik baik wanita yang naik unta adalah wanita Quraisy.mereka paling sayang kepada anak-anaknya pada waktu kecil dan paling memperhatikan urusan suami.”

ASMA ‘ BINTI ABU BAKAR MENOLAK  PELAWAAN RASULULLAH SAW UNTUK NAIK UNTA BERSAMA

Asma’ binti Abu Bakar ketika berjalan kaki pernah dipelawa oleh adik iparnya iaitu Rasulullah SAW bagi menaiki unta bersama dalam satu rombongan.Asma’ menolaknya dengan alasan suaminya sangat cemburu.

Berdasarkan dua kisah ini boleh saya rumuskan Islam tidak pernah menghukum pada perasaan fitrah sebegini.boleh dikatakan kedua-dua lelaki dan wanita ada sifat cemburu kerana cemburu itu fitrah.cukuplah dua kisah di atas sebagai bukti.barangkali bagi sesetengah lelaki,cemburunya mengalahkan wanita walaupun seringkali kita dengar cemburu itu sinonim dengan wanita.
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment