Cemburu
sinonim dengan wanita atau lelaki?atau kedua-duanya?
Suka saya untuk berkongsi beberapa kisah tentang cemburu
UMMU HANI’ BINTI ABI TALIB MENOLAK PINANGAN NABI KERANA
CEMBURU DAN SAYANG ANAK
Selepas Ummu Hani’ disahkan menjadi janda dengan empat orang
anak,Rasulullah pun meminangnya buat kali yang kedua.Ummu Hani’ menjawab atas
pinangan itu, “Ya Rasullullah,sungguh dirimu lebih saya cintai daripada
pendengaran dan penglihatan saya.namun,saya seorang wanita yang sangat kuat
cemburu.Ya Rasullulah,saya tahu bahawa hak suami sangatlah besar dan harus
dijunjungi tinggi.saya khuatir jika mengurus suami,lalu saya terpaksa
mengabaikan sebahagian hak anak-anak saya.jika saya mengurus anak-anak,saya
khuatir akan mengabaikan hak suami.”
Rasulullah menghormati pandangannya.kemudian Rasulullah memberi
pandangan, “Sesunnguhnya sebaik baik wanita yang naik unta adalah wanita
Quraisy.mereka paling sayang kepada anak-anaknya pada waktu kecil dan paling
memperhatikan urusan suami.”
ASMA ‘ BINTI ABU BAKAR MENOLAK PELAWAAN RASULULLAH SAW UNTUK NAIK UNTA
BERSAMA
Asma’ binti Abu Bakar ketika berjalan kaki pernah dipelawa
oleh adik iparnya iaitu Rasulullah SAW bagi menaiki unta bersama dalam satu
rombongan.Asma’ menolaknya dengan alasan suaminya sangat cemburu.
Berdasarkan dua kisah ini boleh saya rumuskan Islam tidak
pernah menghukum pada perasaan fitrah sebegini.boleh dikatakan kedua-dua lelaki
dan wanita ada sifat cemburu kerana cemburu itu fitrah.cukuplah dua kisah di atas
sebagai bukti.barangkali bagi sesetengah lelaki,cemburunya mengalahkan wanita
walaupun seringkali kita dengar cemburu itu sinonim dengan wanita.
Wallahualam.