Thursday, November 1, 2012

UJIAN TANDA SAYANG





Pernah tak kita rasa, bila kita down, bila kita lemah, bila kita rasa macam sedih terhadap sesuatu...
 
kemudian bila datang rumah Allah nak dapatkan pengisian rohani dalam 'taman-taman syurga', tiba-tiba penceramah yang bagi tazkirah tu bagi tazkirah macam betul-betul kena kat kita, sama situasi dengan kita.

'Allah, Dia tegur. Allah jualah yang Maha Memahami setiap hati-hati kita'

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakannya, Allah pasti mengetahuinya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." selak Surah Ali'Imran. Ayat 29.

keluar dari rumah Allah dengan tenang. Allah jualah sebaik-baik Pemujuk :')

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik. Sesungguhnya Allah tidak pernah tersilap dalam menentukan taqdir hamba-hambaNYA ^_^

Allah telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala Dia menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian lalu lekas kecewa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, Allah tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat.Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)
Seperti mana yang Allah telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, Allah menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa Allah sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNYA itu kekal sabar. Dalam firmanNYA yang lain, Allah memberikan khabar gembira berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan mengharap padaNYA.
“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

Allah swt tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.

Akhir sekali petua bonda saya,tatkala hatimu resah gelisah,ringankan mulutmu membaca surah alam nashrah(al-syarh) sebanyak tiga kali dan usaplah dadamu.insyaAllah akan beroleh ketenangan.






No comments:

Post a Comment