Wednesday, January 23, 2013

CEMBURU



Cemburu
sinonim dengan wanita atau lelaki?atau kedua-duanya?
Suka saya untuk berkongsi beberapa kisah tentang cemburu

UMMU HANI’ BINTI ABI TALIB MENOLAK PINANGAN NABI KERANA CEMBURU DAN SAYANG ANAK

Selepas Ummu Hani’ disahkan menjadi janda dengan empat orang anak,Rasulullah pun meminangnya buat kali yang kedua.Ummu Hani’ menjawab atas pinangan itu, “Ya Rasullullah,sungguh dirimu lebih saya cintai daripada pendengaran dan penglihatan saya.namun,saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu.Ya Rasullulah,saya tahu bahawa hak suami sangatlah besar dan harus dijunjungi tinggi.saya khuatir jika mengurus suami,lalu saya terpaksa mengabaikan sebahagian hak anak-anak saya.jika saya mengurus anak-anak,saya khuatir akan mengabaikan hak suami.”
Rasulullah menghormati pandangannya.kemudian Rasulullah memberi pandangan, “Sesunnguhnya sebaik baik wanita yang naik unta adalah wanita Quraisy.mereka paling sayang kepada anak-anaknya pada waktu kecil dan paling memperhatikan urusan suami.”

ASMA ‘ BINTI ABU BAKAR MENOLAK  PELAWAAN RASULULLAH SAW UNTUK NAIK UNTA BERSAMA

Asma’ binti Abu Bakar ketika berjalan kaki pernah dipelawa oleh adik iparnya iaitu Rasulullah SAW bagi menaiki unta bersama dalam satu rombongan.Asma’ menolaknya dengan alasan suaminya sangat cemburu.

Berdasarkan dua kisah ini boleh saya rumuskan Islam tidak pernah menghukum pada perasaan fitrah sebegini.boleh dikatakan kedua-dua lelaki dan wanita ada sifat cemburu kerana cemburu itu fitrah.cukuplah dua kisah di atas sebagai bukti.barangkali bagi sesetengah lelaki,cemburunya mengalahkan wanita walaupun seringkali kita dengar cemburu itu sinonim dengan wanita.
Wallahualam.

Saturday, December 22, 2012

Maaf

kata maaf kuungkap sudah
namun seperti tidak diendah
mungkin benar kata opah
memaafkan itu bukannya mudah

namun,
adakah aku yang bersalah
sesudah aku berpenat lelah
perasaanku tidak diendah
dijadikan tempat melepas amarah

maafkan diri ini
yang terlampau emosi
hanya sekadar luahan hati
harap tiada yang mengeji

Thursday, November 1, 2012

UJIAN TANDA SAYANG





Pernah tak kita rasa, bila kita down, bila kita lemah, bila kita rasa macam sedih terhadap sesuatu...
 
kemudian bila datang rumah Allah nak dapatkan pengisian rohani dalam 'taman-taman syurga', tiba-tiba penceramah yang bagi tazkirah tu bagi tazkirah macam betul-betul kena kat kita, sama situasi dengan kita.

'Allah, Dia tegur. Allah jualah yang Maha Memahami setiap hati-hati kita'

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakannya, Allah pasti mengetahuinya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." selak Surah Ali'Imran. Ayat 29.

keluar dari rumah Allah dengan tenang. Allah jualah sebaik-baik Pemujuk :')

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik. Sesungguhnya Allah tidak pernah tersilap dalam menentukan taqdir hamba-hambaNYA ^_^

Allah telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala Dia menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian lalu lekas kecewa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, Allah tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat.Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)
Seperti mana yang Allah telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, Allah menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa Allah sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNYA itu kekal sabar. Dalam firmanNYA yang lain, Allah memberikan khabar gembira berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan mengharap padaNYA.
“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

Allah swt tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.

Akhir sekali petua bonda saya,tatkala hatimu resah gelisah,ringankan mulutmu membaca surah alam nashrah(al-syarh) sebanyak tiga kali dan usaplah dadamu.insyaAllah akan beroleh ketenangan.






Thursday, October 18, 2012

Ada apa dgn 10 awal Zulhijjah ???





Dr Abd Basit menjelaskan: Kelebihan 10 awal Zulhijjah, Puasa Hari Arafah, Korban. Adab-adab korban.

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari)

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh”. (QS. Al-Fajr: 1-2).

Imam Ibnu Kathir berkata : “Yang dimaksudkan adalah sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah”.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Antara amalan-amalan yg dianjurkan pada hari-hari tersebut:
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadis riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama juga.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadis yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari korban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Ayam kampung ayam serama 
Ayuh puasa sama-sama

Lagu kita tinggalkan 
Tahmid kita lazimkan

Main bola separuh masa 
Tinggalkan segala maksiat dan dosa

Kurang tidur badan penat 
Ayuh perbanyak amalan sunat 

Sekian :)

Thursday, October 11, 2012

Hijab dan jilbab



Bismillah.fitrah lelaki tertarik dengan kindahan wanita.maka,Islam datang melindungi wanita dengan cara yang sangat hikmah.

Belakangan ini,acap kali media barat menyerang Islam berkenaan isu hijab seperti yang berlaku kepada Marwa Al-Sharbini, 31 tahun. dia meninggal dunia karena ditusuk oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia pada Rabu (1/7/2009) di ruang sidang gedung pengadilan kota Dresden, Jerman. Saat itu, Marwa akan memberikan kesaksian dalam kasus penghinaan yang dialaminya hanya karena ia mengenakan jilbab.kes Marwa Al-Sharbini menjadi bukti bahwa Islamofobia masih sangat kuat di Barat dan sudah banyak Muslim yang menjadi korban.

Untuk post kali ini suka saya untuk berkongsi diskusi ilmiah tentang isu hijab dan jilbab petikan dari novel sebarkan cintaMu karangan ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin.

Mengapa Islam memenjarakan wanita dengan memerintahkannya bertudung?Ia ajaran Islam ataupun hanya tradisi?

Bagi orientalis,hijab itu cumalah tradisi arab tidak kita untuk apa jua agama,termasuk Yahudi dan Kristian.mereka yang berhijab dianggap anti sosia.itu kefahaman Barat bukan kefahaman Islam.
Ada juga bijak pandai Islam yang percaya begitu.saya sendiri sudah membaca tulisan mereka.
Mereka sedang keliru dengan hujah barat.doakan Allah pandu mereka kembali ke jalan yang benar.
Saya yakin mereka berkata begitu dengan bukti dan kajian,kerana saya mengenali orang barat sebagai bangsa yang gemar mengkaji.

Ya,budaya mengkaji sebenarnya adalah hikmah orang islam yang hilang.di mana pun kita menemuinya,kita mesti mengutipnya kembali.

Betulkah ada muslim sebaik orang barat?
Awak mungkin belum menemuinya.orang islam yang mengkaji dan berakhlak akan mempunyai yang jauh lebih indah dan suci.saya berdoa semoga anda akan menemuinya.

Sekiranya awak tahu situasi saya disini,hijab ini menyebabkan saya menjadi rendah diri terhadap lelaki.bukankah ini diskriminasi wanita?saya berasa tidak merdeka.apa pun saya tahu,saya sedang keliru.maka,saya masih tidak meninggalkan hijab saya.

Kekeliruan itu lumrah bagi insane yang mengkaji.Ia akan terlerai menjadi hujah yang teguh,apabila kajian diteruskandengan adil dan banyak berdoa.firman Allah swt dalam sumber agung kita al-Quran yang bermaksud, “wahai nabi,katakana kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu,dan isteri-isteri orang mukmin,’hendaklah mereka melabuhkan hijab ke seluruhtubuh mereka.yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.”surah al-Ahzab ayat 59.

Bagaimana pula dengan segelintir cerdik pandai Muslimyang mentafsirkan ayat ma zaharo minha(apa yang biasa nampak) dalam surah an-Nur,ayat 31,termasuk boleh mendedahkan rambut kerana rambut itu biasa nampak.

Firman Allah selengkapnya bermaksud,dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka selain yang biasa nampak(ma zaharo minha).majoriti ulama mentafsirkan apa yang biasa nampak ialah muka dan tapak tangan.itu juga tafsiran Ibnu Abbas yang memang digredkan sendiri oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir.

Hijab ataupun jilbab?bukankah ianya sama?

Sama tapi tidak serupa.hijab lebih meluasmaksudnya.ia mencakupi segala sesuatu yang menjadi pemisah antara lelaki dan wanita termasuklah jilbab dan khimar.jilbab lebih spesifik.


Jilbab dan khimar?

Jilbab itu dalam bahasa arab bermaksud baju labuh,longgar dan menjulur hingga ke bawah seperti jubah.Ia seperti baju kurung ataupun baju mana-mana budaya lan yang memenuhi syarat yang ditetapkan Islam.Islam sebagai agama sedunia mempunyai toleransi kepada adat dan budaya selagi tidak bercanggah syariat.
Khimar pula tudung kepala.ia juga wajib sebagaimana disebut dalam surah an-Nur.

Mengapa wanita arab di sini memakai jubah yang tebal tetapi tudungnya singkat?adakah sempurna auratnya ditutup?

Wanita arab kebanyakannya memakai jilbab(jubah) yang sangat tebal dan tidak membentukbadan sedikit pun.oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat.ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat.sementara di Malaysia,jilbab (baju kurung atau jubah) rata-rata nipis dan agak menampakkan bentuk badan.oleh sebab itu,kita dianjur memakai khimar atau tudung kepala yang labuh.

Nuansa kecantikan pada wanita berbeza dengan lelaki.lelaki secara fitrahnyamahu menikmati keindahan ini.maka,islam datang melindungi wanita dengan mengatur cara yang mulia dan bermaruah untuk lelaki meneguk keperluan biologi ini,dan bukan dengan sewenang-wenangnya.wanita juga tidak lengkap tanpa lelaki.islam meletakkan batasan dan hijab adalah antara ubat supaya dapat menjaga batasan.

Sekali lagi saya tegaskan post kali ni saya petik dari novel Sebarkan Cintamu karangan ustazah untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat.dengan rendah diri saya akui ilmu di dada masih dangkal untuk bekarya.